Join as Islamic FOREX Trader.

Saturday, November 22, 2008

Madu oh Madu

Haa, arini dpt published 2nd post.. gumbira dapat buat.Arini nak citer pasal madu.
Madu. Semua orang dah tau ape khasiat dia.Dalam Al-Quran pun ada sebut tentang madu, malahan Rasullullah sendiri pun ada makan madu. Jadinya automatik makan madu ni sunnah ler.Pendek kata jika kita mengamalkan makan madu ni memang dapat menyihatkan tubuh badan disamping memberikan tenaga semulajadi kepada pemakannya(dengan izin Allah).

Tapi kat Malaysia ni, macam2 jenis madu kita jumpa.. Macam2 kaler ada..Mcm2 jenis botol. Dan yang paling ironiknya, macam2 jenis penjual madu yang kita jumpa. Itulah yang buat orang risau nak beli madu dari orang yang x tentu pasal.Ada jual tepi jalan, jual kat kaki lima, pekan sehari, stesen minyak,atas motor,dekat restoran dan sampai naik dalam bas pun ada. Kesimpulannya memang ramai orang yang menjual madu.

Tak ketinggalan juga ada yang cuba memasarkan kat online macam aku try ni.. Tapi sebenarnya masalah utama yang dihadapi oleh penjual madu adalah untuk meyakinkan kepada bakal pelanggan bahawa madu yang mereka jual tu betul2 asli.Pure punya (tarak tipu woo).

Memang soalan pertama yang akan orang tanya kalau jumpa penjual madu ni ialah,
"Madu awak jual ni, Ori ke?".. pastu ada yang lg detail,"ni madu ternak ke madu liar?".Macam2 diorang tanya, dan letihlah penjual macam aku ni menjawab.Apepun mestilah nak kena jawab juga kan. Dan yang paling x tahan tu,lepas panjang lebar kita cerita. Si bakal pembeli ni akan kuar satu last question sebelum diorang decide nak beli ke tak. Nak tau ayat dia, niha "yer ker?nampak lain macam jer?"
uuihh..,payahnye la nak meyakinkan orang. Tapi x le aku nak menyalahkan diorang. Diorg just berhati2, takut kena tipu.

Memang aku x nafikan, memang ada 1001 jenis penjual madu yang temberang. Golongan ni la yang menyusahkan penjual madu yang lain.(ps- apela menyusahkan orang jer..)
Untuk korang yang kat luar sana, untuk kaki penipu yang dah pro, diorang bleh buat madu tu nampak memang macam yang asli. Dari segi kalernye,likatnye, buihnya dan macam2 lagilah.Ada yang sampai letak lebah mati kat dlam pun ada. Silap2 rasa pun diorang bleh auta,perasa tiruan kan banyak jual.

Kalaula madu ni jadi barang kawalan,baru padan muka si kaki2 penipu tu.Tapi aku pun kena tempiasnya plak la sebab tak bolehlah nak menjual sesuka hati lagi, maklumlah kalau jadi barang kawalan.
X tau la nak wat macamana, just tawakkal je.Ada rezeki,org beli madu aku ni.


OK, ni citer madu aku, gambar dia ada kat atas sebelah kanan(hehe). Ape2 bleh klik kat sana, aku ada create satu web free. Jangan tuduh aku ni semua nak free plak yer,aku ni baru dalam IT ni.So aku nak belajar sedikit sebanyak dulu sebelum pakai web yang kena bayar. InsyaAllah, bila dah makin ok,aku pakaila mana2 hosting yang kena bayar. Cuma aku masih ditahap pembelajaran,skang ni pun sume aku belasah sendiri,tak tau nak rujuk sape. Cuma kadang2 baca isi forum yang berkaitan.Alhadullilah ada le juga info walaupun x brape paham.

Balik citer madu td yer.Madu aku ni InsyaAllah, memang madu asli. Madu lebah liar di hutan sekitar pahang. Tapi bukan aku panjat sendiri yer, ada orang lain panjat. Diorang deal ngan bos aku. Bos akula yang membotolkan segalanya. Aku cuma jual ambil komisen jer, nak tambah pendapatan sampingan(hehe).Di samping aku jual kat member2, aku tryla buat sale online ni. Usaha beb, rezeki Allah bagi. Pastu baru tawakkal.Aku buat semua ni di samping menambah income aku, dapatlah aku membantu sedara2 kat luar tu mendapatkan madu yang asli..Secara x langsung( promote beb,hehe).

No comments: